Monday 28 January 2013

Pemakaian Tudung Mengikut Bentuk Muka

Sekarang nie mcm-mcm fashion tudung ada di pasaran...mcm-mcm design, kualiti, harga dan sebagainya....giler tgk tudung cantik2 dijual di pasaran....tp akibat "giler" tgk tudung2 yg cantik expecially murah, kita main beli jer sampai kdg2 kita tak sedar adakah tudung tu sesuai atau tak dengan bentuk muka kita... once dh balik rmh, br try, tgk2 alamak!! tak cun la dgn kiter....then tersimpan la tudung2 tu semua.....huhu....
Semlm aku g Jusco, masa tgh tunggu en tunang potong rambut, aku singgah 1 kedai nie...belek2 magazine yg ada...apa ntah magazine yg aku tgk tu....ada la 1 page nie mengenai pemakaian tudung yg sesuai dgn bentuk wajah.....haa nie aku pn cari kt en google, kuar la ciri2 di bawah nie....meh aku share ngan korang.... bentuk bentuk muka aku [diamond].. korang lak bentuk muka yg mana? meh2 kita cari tgk.....JOM JOM!!



1) Bentuk wajah jenis OVAL
Mereka yang memiliki bentuk jenis ini sememangnya bertuah kerana hampir semua jenis tudung sesuai untuk wajah jenis ini. Mereka yang berwajah bujur bebas memilih jenis tuduung yang mereka suka. 

2) Bentuk wajah jenis ROUND
Bagi mereka yang berwajah round atau tembam dan berisi dibahagian pipi. Anda harus berhati-hati dalam memilih tudung yang sesuai. Tudung yang dipilih mestilah tidak menampakan anda lebih kelihatan tembam.
Jika memilih untuk memakai tudung jenis Awning, pastikan awning tudung dari jenis panjang sehingga hampir kerahang pipi. Tudung awning jenis pendek sangat tidak sesuai dipakai kerana akan menonjolkan lagi pipi anda yang tembam. 
Jika hendak memakai selendang , cara pemakaian yang betuh adalah dengan tidak memakai selendang terlalu ketat dan lipat sedikit dibawah tulang rahang pipi anda supaya menampakkan bentuk wajah lebih bujur.Bahagian atas (dahi ) hendaklah di bentuk menjadi bentuk bujur dan jika boleh pastikan selendang tadi tidak melekap di dahi anda.


3)Bentuk wajah jenis LONG
Bagi mereka berwajah panjang , jika anda bijak menyembunyikan kelemahan tersebut orang lain  akan menyangka anda berwajah bujur. Bagaimana? Bahagian atas tudung memainkan peranan yang sangat penting bagi menukar bentuk wajah panjang anda menjadi lebih bujur. Cara paling mudah untuk menyembunyikan adalah dengan memakai inner atau tudung jenis melekap dan tutup dahi anda agar tidak kelihatan terlalu luas. pastikan anda tidak menutup pipi anda  kerana pipi memainkan peranan penting untuk membuat ilusi wajah tidak terlalu panjang. Tarik kebelakang tudung anda rapat betul2 dibawah rahang pipi dan tonjolkan rahang pipi anda.percayalah anda pasti berjaya menyembunyikan bentuk sebenar wajah anda.

4) Bentuk wajah jenis DIAMOND
Mereka yang berjawah diamond biasanya lebih lebar diantara pangkal rahang dan tulang rahang kelihatan lebih menonjol dan bahagian dagu agak rata.Tidak dibenarkan memakai selendang jenis kebelakang , turban kerana tulang rahang anda akan lebih kelihatan. Disarankan untuk memakai tudung jenis selendang,. kerana selendang mampu menyembunyikan bentuk rahang anda yang tertonjol tersebut.


Kt Magazine yg aku baca tu katanye bentuk muka mcm aku nie sesuai gaya Moroccon...hehehe.....cantik kan gaya Moroccon nie...
Cantik2 kan?? haaaa yg paling terbaik stail nie la.....
sooo cute.....hehehehe.......

Tp apa2 pn nie lah yg terbaik.....menepati ciri2 Islam Muslimah...


No comments:

Post a Comment